Monday, June 22, 2009

KEWARGANEGARAAN

Seseorang layak menjadi warganegara Malaysia melalui empat cara;
a. Kuat Kuasa Undang-Undang
b. Pendaftaran
c. Kemasukan (naturalisasi/ pewarganegaraan)
d. Percantuman wilayah

KUAT KUASA UNDANG-UNDANG

Perkara 14(1)(a)

Setiap orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) dan merupakan warganegara Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Bahagian 1 Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan seperti berikut;

a. Dia menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

b. Dia dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdekadan sebelum bulan
Oktober 1962

c. Dia dilahirkan di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara atau bermustautin tetap di Persekutuan atau dia tidak menjadi warganegara
mana-mana negara lain pada masa lahirnya.

d. Dia dilahirkan di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan pada masa kelahirannya, bapanya seorang warganegara dan juga telah dilahirkan di Persekutuan atau pada kelahirannya itu berada dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan bagi sesebuah negeri.

e. Dia dilahirkan di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan pada kelahiran itu, bapanya seorang warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan , mendaftar kelahiran itu di pejabat konsul Persekutuan, atau kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku di Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara.

Perkara 14(1)(b)

Seseorang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut;

a. Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya bu atau bapanya seorang warganegara atau bermustautin tetap di Persekutuan.

b. Dia dilahirkan di luar persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang warganegara dan dilahirkan di Persekutuan, atau pada masa kelahiran itu bapanya berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan atau kerajaan sesebuah negeri.

c. Dia dilahirkan di singapura dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurang ibu atau bapanya seorang warganegara.

d. Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahirannya dia tidak menjadi warganegara mana-mana negara.

1 comments:

mudfit May 21, 2015 at 6:37 PM  

Sangat membantu...terima kasih

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP