Sunday, June 21, 2009

KONSEP PENTADBIRAN KERAJAAN

Tujuan utama sesuatu organisasi pentadbiran adalah;
a. mencapai objektif kerajaan yang ditetapkan
b. Membahagikan tugas-tugas pentadbiran kerajaan agar dapat dijalankan dengan
cekap dan berkesan
c. Melalui penyelarasan dapat mengelakkan pertindihan kerja.
d. Bidang kuasa pejabat-pejabat pentadbiran mudah dikawal dan elakkan
penyalahgunaan kuasa.

Organisasi kerajaan bersifat birokrasi kerana;
a. Adanya pembahagian dan pengkhususan kerja.
b. Adanya hiraki atau lapisan kuasa yang bertingkat-tingkat.
c. Mempunyai peraturan-peraturan serta prosedur-prosedur tertentu supaya sesuatu
urusan itu lebih sistematik dan telus.
d. Kakitangan kerajaan yang dilatik secara tetap serta berpencen bagi mengisi
jawatan-jawatan dalam kerajaan.

Read more...

KONSEP PENGASINGAN KUASA

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Doktrin ini dikemukakan oleh seorang ahli falsafah Peranchis iaitu Montesquieu
Mengikut doktrin ini kuasa pemerintahan sesebuah negara itu dibahagi kepada tiga buah badan yang bebas;
a. Badan Perundangan
b. Badan Eksekutif
c. Badan Kehakiman
Ketiga-tiga bidang tersebut mempunyai bidang kuasa yang tersendiri.

Tujuan
a. Mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Berkuasa lebih daripada satu bidang
kuasa.

b. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah
badan tertentu.

c. Tiada gangguan daripada mana-mana badan yang lain.

DOKRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA

Di Malaysia pengamalan doktrin tersebut berbeza daripada bentuk asalnya.
Pengasingan kuasa secara relatif antara ketiga-tiga badan.
Cuma badankehakiman sahaja yang dilihat bebas daripada pertindihan kuasa badan yang berlainan.
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan.
Di peringkat persekutuan, Perdana Menteri dan ahli-ahli jemaah menteri pada masa yang sama adalah ahli badan perundangan dan badan eksekutif.
Hal ini kerana;
a. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak
westminster)
b. Raja berperlembagaan iaitu ketua negara ialah YDPA.
c. Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Kerajaan pusat dan kerajaan negeri)
d. Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
e. Mengamalkan konsep ketertinggian perlembagaan.

Read more...

BENTUK NEGARA

MONARKI

Negara yang pemerintahnya dikuasai oleh golongan raja dan sultan serta kaum kerabatnya.
Mereka memonopoli kuasa eksekutif.
Tahta kerajaan diwarisi secara keturunan
Contoh negara; Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darus Salam.

REPUBLIK

Negara yang tidak menjadikan raja sebagai ketua negara.
Kebanyakan negara republik moden, ketua negara terletak di bawah seorang Presiden.
Presiden merupakan golongan rakyat biasa.
Negara republik mengamalkan sistem kerajaan demokrasi. Iaitu presiden dilantik dalam pungutan suara atau pilihan raya.
Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Sri Lanka, Peranchis, Portugal, Taiwan, Pakistan, India dan Singapura.
Di kebanyakan negara republik, tempoh pemerintahan seseorang presiden itu dihadkan antara empat tahun hingga enam tahun atau selama satu penggal.
Dalam konteks negara republik pada hari ini ada dua jenis pemerintahan presiden.

1. Sistem Presiden sepenuhnya.

a. Presiden sebagai ketua kerajaan dan ketua negara
b. Presiden bertanggungjawab untuk memerintah negara
c. Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya.
d. Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Mexico dan Korea Selatan.

2. Sistem Separa Presiden.

a. Presiden hanya sebagau ketua negara.
b. Ketua Kerajaan di bawah seorang Perdana Menteri
c. Kedua-duanya terlibat dalam mentadbir negara tetapi dalam bidang kuasanya
diasingkan.
d.Contoh negara; Peranchis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia dan Peru.

DEMOKRASI

Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
Wakil-wakil rakyat yang dipilih mewakili parti yang bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Parti yang menang dan berhak membentuk kerajaan adalah parti yang mendapat undian majoriti daripada rakyat.
Berasaskan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat"

Ciri-ciri sebuah negara demokrasi ialah;
1. Menjamin hak asasi rakyatnya
2. Rakyat bebas untuk bersuara dan enyatakan idea
3. Pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan.
4. Rakyat yang mencapai had umur tertentu berhak untuk menajdi pemilih dan
bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
5. Pengundian dibuat secara sulit
6. Kemenangan sama ada calon atau parti bergantung kepada bilangan undi serta
kerusi yang dimenangi dalampilihan raya.
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
Terdapat dua jenis pemerintahan di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

a. Raja Berperlembagaan
Contoh; Malaysia, Britain, Negara Thai dan Jepun
Raja adalah simbolik sahaja.
Raja adalah ketua negara

b. Republik
Contoh; Singapura, Filipina, India, Amerika Syarikat
Tidak mempunyai raja.
Ketua negara ialah presiden.
Kuasa presiden bergantung kepada sistem yang diamalkan di negara tersebut.
Umpamanya di Singapura dan India, jawatan presiden hanya simbolik sahaja.

AUTOKRASI

Negara yang yang diperintah oleh seseorang diktator yang berkuasa mutlak.
Pemerintah biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk mengekalkan kekuasaan.

Perbezaan antara Negara Monarki, Republik, Demokrasi dan Autokrasi.

Read more...

SISTEM KERAJAAN

KERAJAAN PERSEKUTUAN

Merupakan gabungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa mutlak
Kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam bidang-bidang tertentu dan berkongsi dalam sesetengah bidang.
Kerajaan persekutuan mempunyai kuasa sepenuhnya dalam hal ehwal hubungan luar dan hal-ehwal umum.
Kerajaan negeri berkuasa mutlak dalam bidang-bidang tertentu. Umpamanya; tanah, hutan, dan pentadbiran negeri.
Tiada unsur penindasan antara kedua-dua kerajaan.
Contoh; Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India dan Malaysia.

KERAJAAN KESATUAN

Gabungan beberapa buah kejaan negeri dengan kerajaan pusat.
Kerajaan pusat mempunyai kuasa pemerintahan
Kerajaan puat boleh membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan negeri.
Contoh negara; Britain, New Zealand, Peranchis, Denmark dan Indonesia


KERAJAAN KONFEDERASI

Sistem pemerintahan yang memberikan kebanyakan kuasa kepada kerajaan negeri.
Oleh itu kerajaan pusat memp
unyai kuas yang terhad.
Kerajaan pusat kurang berfungsi kerana banyak kuasanya disekat oleh kerajaan negeri.
Persefahaman antara kerajaan negeri dan pusat dibuat melalui perjanjian yang longgar.
Contoh kerajaan konfederasi ialah Konfederasi Jerman (1867-1871).
Kini kerajaan kofederasi tidak wujud lagi.

Perbezaan antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan dan Kofederasi

Read more...

FAHAMAN-FAHAMAN NEGARA

DEMOKRASI

Mula-mula diamalkan oleh orang-orang Yunani di Athens
Berasal dari perkataan Yunani iaitu demokratia
Demo = rakyat
Kartia = perintah
Bermaksud kuasa memerintah di tanganrakyat
Abraham Lincoln Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pernah mengemukakan slogan demokrasi sebagai "Kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat"
Diperkenalkan oleh Benito Musollini di Itali pada tahun 1929
Mengikut fasisme, kuasa mutlak terletak dalam tangan pemimpin negara.
Mengamalkan kerajaan totalitarian
Rakyat dipaksa berkorban untuk pemimpin yang memerintah secara kuku besi
Fahaman ini terkubur bersama-sama Musollini selepas tamat Perang Dunia Kedua

NAZISME
Diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman pada tahun 1930an.
Menghalalkan pembunuhan dan kekejaman.
Melaku
kan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi semsa Perang Dunia Kedua
Fahaman ini terkubur bersama Hitler seleps tamat Perang Dunia Kedua.

KOMUNISME

Diperkenalkan oleh Karl Marx (Russia)
Diamalkan oleh pengikut-pengikutnya iaitu; Lenin (Rusia), Stalin (Rusia) dan Mao Tze Tung (China)
Fahaman politik komunisme memiliknegarakan atau milik bersama rakyat semua faktor pengeluaran dan barangan pengguna.
Slogan yang sering dilaungkan "ama rata, sama rasa"
Menolak kewujudan Tuhan.
Negara yang masih mengamalkan fahaman komunisme ialah Korea Utara dan Cuba.

SOSIALISME
Ada yang berpendapat aliran sosialisme diasaskan oleh Rober Owen seorang berbangsa Inggeris dari Wales.
Beliau telibat dalam pergerakan koperasi di Britain.
Matlamat asas fahaman ini ialah memiliknegarakan hak-hak milik individu.
Negara yang mengamalkan fahaman politik ini la
zimnya akan mengamalkan pintu tertutup.
Contoh; Myanmar dan Laos

Read more...

KONSEP NEGARA

  1. Ditakrif sebagai satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
  2. Ciri-ciri sebuah kerajaan;
  • Sempadan yang tetap dan diiktiraf
  • Penduduk yang tetap
  • Kerajaan yang teratur
  • Kedaulatan, iaitu berupaya untuk mengawal hal-ehwal dalam negara dan kebebasan
  • Mengadakan hubungan dengan negara-negara lain (diplomatik)
  • Perlembagaan (didokumenkan)

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP