Sunday, June 21, 2009

KONSEP PENGASINGAN KUASA

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Doktrin ini dikemukakan oleh seorang ahli falsafah Peranchis iaitu Montesquieu
Mengikut doktrin ini kuasa pemerintahan sesebuah negara itu dibahagi kepada tiga buah badan yang bebas;
a. Badan Perundangan
b. Badan Eksekutif
c. Badan Kehakiman
Ketiga-tiga bidang tersebut mempunyai bidang kuasa yang tersendiri.

Tujuan
a. Mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Berkuasa lebih daripada satu bidang
kuasa.

b. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah
badan tertentu.

c. Tiada gangguan daripada mana-mana badan yang lain.

DOKRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA

Di Malaysia pengamalan doktrin tersebut berbeza daripada bentuk asalnya.
Pengasingan kuasa secara relatif antara ketiga-tiga badan.
Cuma badankehakiman sahaja yang dilihat bebas daripada pertindihan kuasa badan yang berlainan.
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan.
Di peringkat persekutuan, Perdana Menteri dan ahli-ahli jemaah menteri pada masa yang sama adalah ahli badan perundangan dan badan eksekutif.
Hal ini kerana;
a. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak
westminster)
b. Raja berperlembagaan iaitu ketua negara ialah YDPA.
c. Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Kerajaan pusat dan kerajaan negeri)
d. Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
e. Mengamalkan konsep ketertinggian perlembagaan.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP